Penggunaan ICT telah menjadiagenda penting dalam sistem pendidikan masa kini. Penggunaan ICT dalam P&Pkini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan P&P dalam kelasprasekolah di samping lain-lain pendekatan P&P prasekolah. Timbalan PerdanaMenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkatakurikulum baru yang digubal menggabungkan elemen kreativiti, inovasi dankemahiran hidup dalam proses P&P, membabitkan semua mata pelajaran, adalahsebahagian agenda kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.Tan Sri Muhyiddin berkata usaha untuk menggabungkan lebih banyak aspekkreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan negara tidak akan sempurna tanpadimasukkan peranan ICT. Beliau berkata penggunaan ICT dalam proses P&Ptelah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsangminda. (Kosmo Online, April 14, 2010).
Namum begitu, di Malaysiapendekatan ICT masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan seperti dinegara-negara barat. Dapatan daripada Pelan Rancangan Pendidikan 2001-2010mendapati antara tahun 1996-2000, daripada 30% guru yang menghadiri kursus ICThanya segelintir yang menggunakan ICT dalam P&P. Di negara barat pula,penggunaan ICT agak terkenal. Sebagai contoh di negara barat, kebiasaannya ICTseperti video, televisien, perisian multimedia digunakan untuk melibatkankanak-kanak prasekolah secara aktif dalam proses P&P. Internet jugadigunakan untuk membantu P&P. Sebagai contoh, laman web Public BroadcastingService (PBS) iaitu laman PBS Kids menyediakan pembelajaran literasi yang baikuntuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Di sini, mereka dapat membaca danjuga mempunyai pelbagai aktiviti.
Selain itu, laman National Geographic Kidsmembekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains danteknologi untuk kanak-kanak (Bergen, 2001). Terdapat banyak cara danteknik guru prasekolah boleh mengintegrasikan ICT dalam P&P.
Salah satucaranya ialah menggunakan perisian yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanakuntuk mencapai objektif pelajaran. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilihbahan ICT yang digunakan dalam P&P. Guru boleh menggunakan ‘freeware’ yangsesuai dengan perkembangan kanak-kanak untuk melengkapi aktiviti-aktivitiP&P dalam prasekolah dan menjadikan pengalaman belajar kanak-kanakprasekolah lebih seronok dan bermakna (Bergen, 2001).
Jika dilihat senario inidi Malaysia, guru prasekolah kurang mengintegrasikan ICT dalam P&P atasalasan kekangan masa, kemudahan ICT yang tidak lengkap atau terhad bagimenampung bilangan pelajar yang ramai. Guru prasekolah perlu berusaha mencarijalan untuk mempertingkatkan lagi penggunaan ICT dalam P&P supayakanak-kanak prasekolah akan mendapat manfaat yang maksimum daripadanya. Penggunaan ICT dalam P&Pmerupakan cabaran untuk guru prasekolah (Myhre, 1998). Pendekatan ICT dalamP&P harus dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan usia, minat dan tahapperkembangan kanak-kanak. Keberkesanan ICT dalam pendidikan prasekolah bergantungkepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru prasekolah (Haugland & Wright,1997). Guru adalah agen utama dalam inovasi pendidikan. Mereka merupakan salahsatu faktor utama dalam mengadopsi, mengintegrasikan, dan menggunakan ICT disekolah (Nash & Moroz, 1997).
Sikap guru adalah berkaitan rapat dengankeberkesanan penggunaan ICT dalam kelas kerana mereka mempengaruhi pengalamanICT kanak-kanak di persekitaran sekolah (Simonson, 1995). Kesediaan guruprasekolah untuk mengintegasikan ICT dalam P&P merupakan faktor yangmenentukan kejayaan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P KSPK. Oleh itu, boleh dikatakanbahawa keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P banyak bergantung kepada guru.Ini membawa kepada masalah seterusnya iaitu berkaitan dengan sikap guru terhadappenggunaan ICT dalam proses P&P. Sikap guru memainkan peranan yang pentingbagi memastikan ICT digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahapkeyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt &Kinzie, 1993). Ramai guru yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlumenggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatif iaitukurang keyakinan diri dan kekurangan guru berkemahiran komputer merupakanhalangan serius kepada pengintegrasikan komputer ke dalam bilik darjah.Sekiranya guru tidak rasa cemas menggunakan komputer, maka semakin besarkemungkinan guru mengintegrasikan komputer dalam kurikulum (Dupagne &Krendl, 1992).
Kebanyakan guru prasekolah diMalaysia kurang menggunakan ICT dalam P&P disebabkan masalah yang merekahadapi. Hannafin dan Savenye telah mengenal pasti beberapa faktor yangmenyebabkan guru enggan menggunakan ICT dalam P&P: kelemahan reka bentukperisian, skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalam meningkatkan hasilpembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usaha yang diperlukan untukbelajar teknologi dan bagaimana menggunakannya untuk mengajar, dan takutkehilangan kuasa mereka di kelas kerana P&P berpusatkan pelajar (Hannafin,1999; Savenye, 1993).
Masalah yang menyumbang kepada kegagalan penggunaan ICTdalam P&P perlu ditangani bagi memastikan pengintegrasian ICT dalam P&Pprasekolah mencapai objektif dan matlamatnya. Kajian-kajian lepas yangdidapati adalah kebanyakannya dari negara barat. Di Malaysia kajian penggunaanICT dalam P&P hanya dibuat di peringkat IPTA, sekolah menengah dan rendah.Setakat ini tiada kajian di peringkat prasekolah yang melihat penggunaan ICTdalam P&P merentas kurikulum KSPK. Jika adapun kajian hanya tertumpu kepadasatu mata pelajaran sahaja. Walaupun perkara ini telah dikaji di negara barat,tidak semestinya dapatan kajian mereka sama seperti di prasekolah Malaysia.
Inikerana kurikulum serta kaedah penggunaan ICT dalam P&P di negara Baratberbeza dari kurikulum dan kaedah penggunaan ICT dalam P&P prasekolah diMalaysia. Selain itu latar belakang guru dari segi kursus ikhtisas, kemahirankomputer, latihan yang dihadiri, perkembangan teknologi, kemudahaninfrasturktur dan sebagainya di negara Barat tidak sama dengan latar belakangguru di Malaysia. Oleh itu adalah wajar kajian ini dijalankan bagi melihatperubahan sikap guru prasekolah terhadap penggunaan ICT merentas kurikulumsetelah 8 tahun pengimplementasian kurikulum prasekolah, untuk melihat sejauhmana guru prasekolah menginterasikan ICT dalam P&P merentas kurikulum sertamasalah yang dihadapi mereka sewaktu menggunakan ICT dalam P&P. Bayhan, Olgun, dan Yelland(2002) telah menjalankan dua kajian untuk melihat penggunaan komputer diprasekolah dan persepsi guru prasekolah terhadap arahan berbantukan komputer(ABK). Dapatan kajian menunjukkan 40% sekolah tidak menggunakan komputer dalamP&P.
Mereka juga mendapati hanya 50% sekolah menggunakan ABK untuk tempohmasa 30-45 minit dalam se minggu dan 13.6% daripada 63.6% guna secara purata 5-15minit sehari. Dalam kajian kedua, mereka telah mengkaji hubungan antarapersepsi guru terhadap ABK dan kebolehan menggunakan komputer.
Dapatan kajianmenunjukkan guru yang mempunyai kelayakan akademik tinggi lebih bersikappositif untuk menggunakan ABK dalam bilik darjah. Guru yang kurang pengalamanmenggunakan komputer kurang yakin untuk menggunakan ABK dalam bilik darjah.Guru yang mempunyai kemahiran komputer dan pengalaman menggunakan komputer akanbersikap lebih optimistik menggunakan komputer dalam P&P.
Woodrow (1991)dalam kajiannya mendapati guru akan mengalami perasaan gelisah apabila merekaperlu menggunakan komputer dalam kurikulum. Corston dan Colman (1996) danHohmann (1994) juga mendapati guru yang berasa kurang yakin dan gelisah lebihcenderung untuk mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam P&Pdan mereka tidak akan menggunakan ICT dalam P&P. Kurang keyakinan apabilamenggunakan ICT serta kurang pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan gurumerupakan masalah utama dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Guru yangmempunyai sikap positif terhadap penggunaan ICT boleh menggunakan ICT secaralebih efektif. Sikap guru memainkan perananpenting dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Ini merupakan satu isu yangperlu ditangani bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penggunaan ICT dalamP&P. Tsitouridou dan Vryzaz (2003) telah mengkaji sikap guru prasekolahterhadap penggunaan ICT.
Dapatan kajian mereka menunjukkan sikap gurudipengaruhi oleh penggunaan komputer di rumah, pengalaman dan kemahirankomputer serta kursus komputer yang dihadiri. Guru yang mempunyai komputer dirumah mempunyai pengalaman dan kemahiran komputer dan pernah mengikuti kursuskomputer tidak berasa gelisah dan mempunyai sikap positif terhadap penggunaanICT dalam P&P. Kumpulan guru ini akan lebih cenderung menggunakan ICT dalamproses P&P. Persepsi guru juga memainkanperanan penting dalam menentukan sikap positif terhadap penggunaan ICT dalamP&P.
Dapatan kajian menunjukkan persepsi dan sikap guru boleh berubah sekirannyaguru diberi latihan atau kursus ICT. Jimoyiannis dan Komis (2006) telahmengkaji kesan kursus ICT terhadap persepsi dan sikap guru terhadap ICT dalampendidikan.
Dapatan kajian mendapati majoriti guru bersikap positif terhadapkepentingan penggunaan ICT sebagai alat P&P. Mereka juga berasa ICT sangatpenting dalam sistem pendidikan masa kini. Levin dan Wadmany (2006) pula telahmengkaji persepsi serta amalan guru dalam penggunaan ICT di bilik darjah.Dapatan kajian mereka menunjukkan persepsi guru mula berubah apabila merekamenggunakan ICT dalam bilik darjah. Persepsi guru berubah daripada negatif kepositif dan mereka seterusnya berasa lebih yakin menggunakan ICT dalam bilikdarjah. Dapatan kajian juga telahmenunjukkan guru enggan menggunakan ICT dalam P&P atas banyak alasan.Kelemahan reka bentuk perisian, skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalammeningkatkan hasil pembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usahayang diperlukan untuk belajar teknologi dan bagaimana menggunakannya untukmengajar, dan takut kehilangan kuasa mereka di kelas kerana P&P berpusatkanpelajar (Hannafin, 1999; Savenye, 1993) adalah diantara beberapa masalah yangtelah dikenal pasti. Sikap guru juga merupakan satu faktor yang menentukankeberkesanan penggunaan ICT dalam P&P.
Menurut Dawes (1999), guru perlumempunyai kemahiran komputer terlebih dahulu sebelum mengintegrasikan ICT dalamP&P. Malah, mereka juga perlu mengikuti perkembangan dan perubahan ICTdalam pendidikan. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesananpenggunaan ICT dalam P&P dan seterusnya memastikan objektif KSPK tercapai. Pendidikanprasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan bagimurid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (Kementerian Pendidikan Malaysia,2013). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yangberlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang diluluskan oleh Menteri dibawah seksyen 22. Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkanpotensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkanserta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untukmeningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dengan keadaan semasa, bolehmenangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak (Kurikulum, 2010). Dalampendidikan prasekolah, guru harus menggunakan pelbagai pendekatan aktiviti yangsesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta minat murid.Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif supayapembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan.
Aktivititersebut perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagimenjamin setiap murid mendapat peluang yang sama serta memperolehi pelbagaipengalaman pembelajaran sebenar sama ada secara individu, secara kelas ataupunsecara kumpulan. Penggunaanteknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communications Technologyatau ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah merupakansalah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan P&P prasekolah. Kanak-kanakhari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Teknologi boleh memainkanperanan penting dalam proses P&P kanak-kanak (Haugland & Wright, 1997).ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan kemahiran baru.
Olehitu kanak-kanak perlulah didedahkan kepada ICT dengan cara yang bermakna. Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, BahasaInggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inngerisadalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak prasekolah. Bahasa Cina danBahasa Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasaCina dan bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu,manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yangbahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yangbahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia. PendidikanPrasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendahkelak jika sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri,pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri yang positif sertapembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.
Perkembangan sosioemosiberlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapaimelalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktivitirutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaranyang lain. Kurikulum KSPKmerupakan kurikulum yang berbentuk modular di mana ia merupakan satu kurikulumyang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentukbahagian atau unit yang dikenali sebagai modul.
Terdapat dua jenis modul iaitumodul teras dan modul bertema. Modul teras terdiri daripada mata pelajaranBahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina/Bahasa Tamil, PendidikanIslam/Pendidikan Moral dan Matematik. Modul bertema pula merupakan modulbersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang pembelajarandan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakanisu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak. Pengenalan:Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalamkehidupan kita sehari-hari.
Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam saturuang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalamsistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran danpembelajaran secara berkesan.Bagi pengajaran pembelajarankanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajarandapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. KajianClements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantukanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASITeknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden /elektronik seperti komputer,rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar danmencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar danmenyampai maklumat melalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit,internet, video conferencing, CD, multimedia. ICT perlu diintegrasikan dalamberbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yangbersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.Matlamat ICT Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakatbermaklumat. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi videodan digital dapat menyediakan persekitaran media yang serba boleh untukkeperluan guru dan kanak-kanak. Ng Wai Kong, 1999.
Komputer dapat mengubahkaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepadapendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuari yang ada dalamdiri kanak-kanak. Bill Gates, 1999Apa diaICT? Information & Communication Technology Teknologi Maklumat danKomunikasi Suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya.
Datayang tersusun. Proses saling menghantar dan menerima maklumat. Apa dia ICT?Manusia Alat Tatacara Sumber SISTEM Hard Technology Soft Technology. Komputer Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat & Komunikasi. AlatP&P Kurikulum PPBK Multimedia Internet Prasekolah ICT Dalam Pendidika.TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI. Teknologi MaklumatPenggunaan teknologi moden /elektronik seperti komputer, rakaman audio, videodan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumatTeknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumatmelalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, videoconferencing, CD, multimedia.
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksudmenggunakan ICT secara terancang, bersesuaian, dan berfikrah untukmeningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P Konsep penggunaan ICTdalam P&P. ICT untuk pembelajaran tutoran ICT untuk pembelajaran penerokaanICT sebagai aplikasi ICT sebagai pemudah komunikasi Adapted from Barbara Meansclassifications of technology use in learning, 1994 Pendekatan penggunaan ICTdalam P&P Kategori pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajarantutoran ini merangkumi: Pembelajaran ekspositori – penjelasan terperinciDemonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya olehsistem, Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem ICT untukTutoran Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICTdigunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM,Internet, gerbang maklumat dll. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatufenomena secara simulasi melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutanbabaknya boleh dikawal oleh murid ICT untuk Penerokaan.ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakantugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. ICTsebagai Aplikasi ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunauntuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerimadan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
ICT sebagai Pemudah Komunikasi. Prinsip penggunaan ICT ialah supaya pembelajaran yang optimumberlaku. Terancang, sesuai dan berfikrah Bergantung kepada infrastuktur,perkakasan dan perisian yang ada. PERKEMBANGAN OTAK KANAK KANAK PRASEKOLAHOtak kiri khusus dalam resepsi (penerimaan) - pendengaran, dalam bahasabercakap dan membaca dan mengira Otak kanan khusus dalam persepsi daninterpretasi (tanggapan & terjemahan) Umur 5 tahun otak kiri dan kanansudah ada kordinasi Kedua otak perlu dirangsang melalui pelbagai aktiviti danICT boleh membantu nya.
Manfaat penggunaan ICT dalam P&P Meningkatkankefahaman terhadap pelajaran Memberi peluang pembelajaran yang samaMeningkatkan motivasi Membolehkan pembelajaran kendiri Mengakses maklumat yangsukar diperolehi Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabarMelaksanakan eksperimen yang mahal, mustahil dan bahaya Meningkatkan kreativitidan imaginasi Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum Meningkatkankemahiran ICTKELEBIHAN ICT DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN. Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerikapada abad ke 20.
Zaman Selepas MerdekaPada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada PertubuhanPekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek“Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di NegeriSelangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.
Kumpulansasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunanMelayu, Cina dan India.Pada Tahun 1970,KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenaliTabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar.Diikuti denganpenubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat(1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan BukuPanduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan diseluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatihseramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikanprasekolah untuk mengajar di prasekolah.KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras denganFalsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepadamasyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatanrendah dan miskin.Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di PusatPerkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada UniversitiMalaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untukmembincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992,Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkanmengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka AktaPendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistemPendidikan Kebangsaan.
Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilanganpeluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negerijuga bertambah dari setahun ke setahun. Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-KanakTerdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikanpengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangananda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untukkanak-kanak pada peringkat awal?Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;1.
Imam Al-Ghazali2. Ibnu Khaldun3. Johann Heinrich Pestalozzi4.
Friedrich Froebel5. Maria Montessori. Minat saya yang cukup mendalam dalambidang keguruan telah membawa saya memilih bidang perguruan berbanding denganpekerjaan lain. Antara sebab-sebabnya adalah saya 'Suka KepadaKanak-kanak'.
Saya mahu mendidik mereka dengan baik supaya merekaberjaya dalam pelajaran dan menjadi aset negara. Kanak-kanakseorang yang telus, lurus, tidak pandai berbohong. Inginmeneroka dunia kanak-kanak yang pelbagai ragam, suka melihat kerenahkanak-kanak yang lincah ceria dan manja. Inginmendidik mereka kerana pemikiran mereka masih bersih, suci, mudahdilentur.